Thursday, February 7, 2008

Tak faham lah????

Sedang duduk tiba datang seorang bertanya macam mana nak faham islam & tarbiyyah nih? Ana ter fikir sejenak dan menjawab " bacalah banyak buku tentang islam & tarbiyyah". Ana teruskan berfikirkan soalan itu dalam kepala otak ni.

kalau kita kaji sirah nabi dan para sahabat kita akan mendapat para sahabat baru saje dapat beberapa ayat quran terus melakukan da'wah. Para sahabat sendiri takan berganjak dari satu ayat kepada ayat seterusnya sebelum dorang mengamalkannya.

Kalau kita mengikut logik akal seorang yang membuat sesuatu misalnya ukiran lebih tahu tentang susah payah membuat ukiran lebih akan menambah pengetahuan camne nak buat ukiran walaupun waktu kali pertama banyak silap tapi akihrnya dia akan perbaiki dan menjadi lebih mahir dan faham camne nak buat ukiran itu jika dibandingkan dengan orang yang baca buku bagaimana nak buat ukiran.

Seorang tu hanya akan tahu teori sahaja tentang Islam da'wah dan tarbiyyah dengan hanya membaca. Para sahabat dulu membaca alquran untuk mengetahui apa yang Allah suruh dan mengamalkannya selepas tu baru lah dorang lebih memahami.

Sesiapa yang mengamalkan sesuatu ilmu itu Allah akan mendatangkan padanya ilmu yang tak tau datang dari mana.

Buat dulu baru faham.Buat dulu baru tambah pengalaman dan kemahiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...