Wednesday, August 20, 2008

Pandangan kita????



Alhamdulillah lafaz terkeluar dari mulut, selesai membaca mathurat dan beberapa ayat suci alquran. Langit mendung ditembusi mentari pagi menandakan pagi yang nyaman. Membeli nasi lemak untuk keluarga macam biasa. Hari berlalu seperti biasa aman damai tanah airku ini.

Terbangun dari tidur. Bersiap kendiri untuk teruskan perjalanan yang panjang. Menaiki kereta menuju satu program atas kelolaan majlis surau. Penuh remaja muda, sebaya, lebih tua dari pelbagai umur. Pemuda beragam rupa, pakaian dan perangai. Ucapan perasmian majlis oleh wakil rakyat. Sedikit pengisian dari ustaz keluaran mekah. Rock-climbing, abselling, flying-fox, paint-ball, selesai bermain.

Selesai solat zohor. Majlis walimatul-urus dihadiri. Orang ramai hadir dengan bermacam pakaian, kebaya, baju batik, jubah, baju kurung. Majlis tahlil dipenuhi jemputan. Pakcik-pakcik sakn sembang tentang politik, kerja dan kenduri-kendara.

Tiba ditempat menungu bas. U80 dicari dari jauh. Dikelilingi manusia dari pelbagai kaum.Sami budha. Perempuan mamakai tudung 3 segi. Remaja dengan pakaian bermacam tulisan dan gambar.

Di masjid. Mendengar ceramah dari ustaz. Mendengar pakcik2 bersembang. Perbalahan perkara furu’. Mendebat pegangan masing2.

Fitnah dunia meliputi kehidupan yang disangka aman damai. Mendesak diri mencari panduan untuk tidak sesat. Untuk menilai dengan kaca mata sebenar. Tarbiyyah yang diikuti menjadi panduan. Berasaskan quran dan sunnah. Pengalaman yang ditempuhi perlu diingati dan faham dengan jelas. Redha dan rahmat Allah diharap menaungi kehidupan ini. Adakah diri ini memandang dengan kaca mata sebenar????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...