Tuesday, November 2, 2010

Sepuluh


Assalamualaikum

p/s: Dua bulan tidak menulis, kerna sebulan puasa sebulan periksa. Harap mata pedang pena ini tidak tumpul

Sepuluh bulan saya habiskan di Ipoh, bukit-bukitnya masih teguh tidak bergerak sehingga habis tempoh saya belajar, terima kasih. Saya nukilkan disini beberapa pengajaran buat diri dan untuk berkongsi bersama:-

1.Bagi saya yang berasal dari sekolah berasrama penuh, mata terbuka lebih luas kepada dunia realiti, alhamdulillah mata saya terbuka perlahan-perlahan, tiada lah "culture shock". Bagi siapa yang ter"culture shock" semoge rahmat Allah bersama anda. Bagaimana sekalipun suasana kita, mestilah di bawah naungan rahmatnya. Open your hand and ask, insyaallah Allah always with us.

2.Paling banyak saya belajar disini mengenai berdikari, saya Allah takdirkan menyewa rumah kampung, tak pernah saya terfikir untuk duduk di rumah kampung. Hujan lebat, banjir sampai ke lutut Masak sendiri, hampir semua jenis masakan telah cuba. Basuh pinggan, mandi di luar rumah.Naik kereta lama, tapi kereta yang penuh jasa, walau selalu berhenti di tengah jalan, habis minyak, kena tolak ke tepi.This is life learning.

3.Banyak juga saya belajar dari peribadi-peribadi yang saya jumpa di sini, ustaz-ustaz, sahabat handai, masyarakat kampung. Kita sebagai muslim perlu usaha akhlaq kita jadi terbaik. Kita perlu mesra dengan semua orang, dengan kanak-kanak, orang tua, rakan sebaya, jiran sebelah hatta posmen, orang minta kita mengajar mengaji, pimpin tahlil, solat hajat, kita boleh.Perlulah senyum selalu,ia adalah sedekah. Good personality & communication skill is necessary.

4.Dalam kita berurusan dengan jabatan kerajaan, pegawai masjid, pengetua ada cara dan adabnya. Kita tidak boleh terlalu semangat tanpa mempedulikan orang-orang yang bertanggungjawab ini. 

5.Method belajar ilmu syariah memang berbeza, buku semua bahasa arab, pening kepala dibuatnya. Mula, dengar dulu syarahan ustaz, faham apa yang nak disampaikan, kalau ada maksud tak faham salin, selepas itu kena selalu tengok dan hafal berulang-ulang kali. Jangan tunggu last minit baru nak hafal, nanti pening, semua benda kena hafal. Ilmu syariah memang banyak meghafal. Tapi ingat faham lebih utama dari hafal.

6. Kita perlu fokus dan mahir pada sesuatu bidang yang kita ambil tetapi kita perlu ada ilmu pada bidang-bidang yang lain. Alhamdulillah, saya tinggal bersama dokter dan enggineer, dapatlah sedikit ilmu dari mereka. Hikmah adalah barang muslim yang hilang kutiplah dimana sahaja ia berada.

7. Add-on dalam diri kita perlu ada, photographer, writer, skill-skill komputer, bahasa-bahasa tambahan, ilmu-ilmu psychology, skill-skill berniaga, memancing dan lail-lain. Kita perlu ada add-on, supaya kita boleh bermanfaat kepada orang lain.

8. Tarbiyyah adalah wajib untuk membentuk peribadi kita. Benda yang tetep seperti usrah wajib ada setiap minggu. Wasilah (jalan/program) yang lain kita perlu disiplin menghadirinya, disiplin masa, walau sedikit orang mesti diteruskan.

9.Terima kasih kepada tenaga pengajar Akedemi Ikatan Muslimin, kerna telah menyokong dan memberi ruang yang luas kepada kami untuk merancang aktiviti, program. Kehidupan seorang pelajar bukanlah hanya belajar, tetapi lebih utama dalam berdakwah, berukhuwah, rehlah, explore dunia. Semuanya masih dalam syariat.Perlulah kita seimbang keduanya.

10.Terima kasih juga kepada Aman Palestin Perak, yang telah memberi saya dan rakan peluang untuk menolong dan mengambil berat perihal umat Palestin. Hidup kita bukanlah seorang diri di Malaysia ini, namun ukhuwah kita tiada sempadan hatta ke palestin.Mujahadah, pengorbanan, kesabaran dan kehebatan mereka menjadi inspirasi kita.

Alhamdulillah tamat 10 bulan stam, cuti 3 minggu, kembali ke ipoh sebulan. Setiap tempat yang kita musafir tiada rugi untuk kita sekiranya kita melihat, mendengar, meneliti, berfikir.

Saturday, September 18, 2010

Kembali dan Pergi

saf

11, 12, 
16, 17, 18, 19, 20, 21,
dan seterusnya....hari bulan september.

Hari kembali (hari raya), semua kembali pulang dari madrasah ramadhan, membawa sijil anugerah Allah mengikut usaha masing-masing. 

Biasanya dengan sijil (graduat universiti) di tangan, manusia mencari kerja untuk mendapat hasil untuk hidup. Berdasarkan kecemerlangan masing-masing, mereka mendapat tempat bekerja, pangkat, mengikut kelayakan.

Dengan sijil taqwa daripada madrasah ramadhan, kita tidak terhenti cukup  dengan sijil sahaja, kita membuat amalan yang lebih dan  mencari  darjat yang lebih tinggi disisi Allah, untuk kehidupan akhirat. 

Hari berlalu, melihat sahabat berpergian, Jordan, Mesir, Madinah, UK, musafir hikmah mencari khazanah ilmu, untuk menumpahkan peluh untuk agama, bangsa, dan negara tercinta.

Melihat meraka pergi, saya menanti dan mengikut di belakang. musafir hikmah saya masih di tanah air. perlu terus melangkah dan diiringi doa.

Semua nya atas nama Allah yang satu. musafir di bumi sementara, menuju akhirat kekal.

Biar kembali atau pergi, niat hanya satu, redha Allah. sentiasa diiringi doa.


Sunday, August 8, 2010

Ma'na Ramadhan



Ramadhan diberi nama kau dan aku,
Asal kalimah ro ma do,
Dilihat kamus maknanya panas terik,
Mungkin kerna tika itu mentari bersinar,
Engkau dipanggil sebegitu,
Nama kau tercatat dalam Quran juga hadis,
Seluruh muslimin menanti akan mu.

Cahaya terik mu,
Tika semua cahaya tiada,
Memancar menunjuk jalan para muslimin,
Kembali pada tuhan dan ubudiah,
Memberi harapan kemenangan hakiki,
Di kala malam masih bersinar,
Dek pantulan bulan,
Menyilau kafir dan a'si,
Dari perancangan fasad dan dengki,
Menyinar tumbuh kehijauan bumi.

Bahang panas mu,
Melemahkan manusia berbuat dosa,
Mata mulut telinga lesu,
Tak terdaya memikir maksiat,
Mengumpulkan amilin di bawah bara,
Keimanan ukhuwah dan perjuangan,
Berkorban semua demi ilahi,
Gapai rahmah dan maghfirah-Nya.

Kerana engkau,
Pintu Jannah luas dibuka,
Ditutup rapat bab neraka,
Lailatul al-qadr dikurniakan,
Syaitan dibelungu,
Diganda pahala diampun dosa.

Niat di hati aku,
Bertemu bergaul dengan mu,
Mengejar tawaran engakau,
Cahaya dan bahang mu,
Ingin aku seperti engkau,
Amanah nama terukir.  
Enhanced by Zemanta

Monday, July 12, 2010

Musafir: Memancing Diriku

Mecari lubuk berjam,
memancing sang Talapia,
Malim Nawar berkolam,
tempat dahulu dirampas cina,
ternak itik putih hitam,
memncing diriku pertama,
besar masuk jaring dalam,
kecil tidak diambil semua,
pengalaman dirakam,
bersama ustaz dan zumala.
Pengalaman pertama saya memnacing, dikata orang jangan pergi, orang yang minat sahaja boleh survive, belum cuba belum tahu, sudah cuba tidak berhenti, diri kita tiada sape tahu potensinya, harus cuba segala usaha.

Anologi dakwah, perlu dicuba segala wasilah menyampaikan risalah. Sabar menangkap ikan, juga dalam berdakwah, jangan tergesa mendapat hasil. Ade yang memancing dan memilih yang terbaik, itulah dakwah fardiah. Ada yang menjala dan mengambil semua, menyampai pada semua, itulah dakwah ammah.

Enhanced by Zemanta

Friday, July 9, 2010

Musafir: Dibimbing ulama'



Di tengah-tengah bandar ipoh yang telah saya bermustautin selama enam bulan, baru sedari bumi ipoh ini tidaklah bandar tidak pula kampung, dikelilingi bukit-bukit teguh bagai  memberi harapan meneruskan perjalanan.

Bersama rakan dididik murabbi di dalam dan luar kelas, dengan nasihat dan perbuatan, bergurau dan berbincang, mendidik diri ini menjadi lebih matang.

Malam ini malam israk dan mikraj, saya berkesempatan mengikuti program anjuran surau Abdul Rahman bin Auf atau lebih dikenali oleh masyarakat sekeliling sebagai SARA, bersama Aman Palestin Perak dan Haluan Palestin.

Menampilkan perunding Aman Palestin Majer Nazri, dan Alfadhil Ustaz Darul Sanawi,69 tahun. Masing-masing dari Kajang dan KL. Juga kumpulan "petir" ArRa'du yang menggegarkan lagi suasana.

Ustaz Darul Sanawi umur 69 tapi berjiwa pemuda, penterjemah rahim makhtum. Disangka ceramahnya lesu tapi bersemangat mengalahkan orang muda.Tanpa perlu berkata memberi pengajaran pada diri ini.

Bermonolog pada diri "Aku mesti tsabat dan terus berjuang hatta berjumpa yang terCINTA"

Wednesday, June 23, 2010

Teruskan Mengayuh


Teruskan mengayuh,

Ayunan kaki jangan perlahan,

Jangan pula berhenti,

Matlamat di hadapan,

Masa makin sedikit,

Ujian bertubi-tubi,

Bertambah hari meningkat,

Give up tiada dalam kamus,

Pendirian hendaklah tsabats,

Mengayuh tidak sendirian,

Bertemankan teman perjuangan,

Usaha dan berserah,

Cukuplah Allah penolong.

p/s:buat mereka yang berusaha dalam kehidupan mencari keredhaan Allah.

Friday, May 21, 2010

Wahai Kekasih



20 May tarikh yang direka oleh mereka untuk menghina Arrasul Muhammad. Mereka meletakkannya sebagai "Draw Muhammad Day".Atas nama kebebasan bersuara, kekasih saya dan anda ini dihina.Tanpa rasa bersalah mereka menghina kekasih kita.Kelebihan yang Allah berikan pada mereka disalah guna.

Wahai kekasihku aku nukilkan buatmu.

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.


Wahai kekasih kami, kerna kelemahan kami membangunkan Islam di dada kami, agama ini dipijak tanpa didengari suaranya, agama ini tak pernah hina melainkan kerna kami, engkau dihina juga kerna kelemahan kami, tidak akan kami duduk diam seribu bahasa, akan suara risalahmu ini didengari hatta tiada fitnah dan menjadi teratas dari yang lain.

Banggunan Islam yang indah, yang dulunya menjadi guru seluruh alam, yang dulu mempertahan hak agama ini, hak utusan Allah ini, yang menyebarkan keadilan dan keharmonian setiap manusia.

Kini banggunan ini telah hancur, bukan kerana jentera besar tapi kerana penghuninya yang menghancurkan dirinya sendiri.Banggunan ini tidak akan tersergam indah kembali malainkan penghuninya membangunkan dan mengubati dirinya semula. Batu-bata dan ubatnya adalah peninggalan penghulu banggunan ini, Alquran dan Assunnah.

Hanya dengan kita bina diri kita dengan Alquran dan Assunnah, Islam akan dijulang semula menjadi Pemimpin Dunia yang dihormati.

Friday, February 26, 2010

Ketika Bertemu Rasul


Hari yang indah, angin bertiupan nyaman meniup irama merdu lagu Ya Rasulullah. Hari yang wajib ummat Islam ingat dalam minda dan hati, bagi yang lupa bangun ingatkanlah Ya Rasulullah. Semua muslim sibuk manyatakan dan menyambut hari ini dengan cara masing-masing. Ini adalah cara aku menyambut dan ingat akan hari ini dan peribadi mulia ini.


Ummat Islam di malaysia sambut dengan majlis-majlis. Dari yang dipertua agung kepada rakyat biasa menyambutnya.Pemimpin rakyat menyeru supaya umat islam di malaysia bersatu dan berusaha.

Suatu yang positif bagi rakyat malaysia. Ini menunjukkan perjuangan Islam di Malaysia adalah suatu yang positif. Ummat melayu islam khususnya perlu menjadikan agenda Islam dalam kehidupan mereka. Ummat islam perlu membentuk dirinya dan ummatnya kembali pada Allah alquran dan sunnah. Fikrah ini hendaklah dibumikan.

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

AlImran:103


Kerna wahyu dan pengorbanan rasulnya kita mendapat Islam pada hari ini. Namun adakah sambutan kita sekadar kata-kata kosong tanpa amal? Jika rasul di sisi kita, bagaimanakah kita? Adakah rasul dan ummatnya akan redha dengan keadaan dunia sekarang? Adakah perpecahan ummat berasaskan masalah cabang diredhai rasul?

Kita sebagai ummatnya perlu kembali kepada agenda rasulullah yang utama yaitu rahmat lilalamin dan menjadi agama ini paling atas, atas segala agama. Dakwah Islam adalah agenda dan sunnah rasul yang paling utama dan ketara. Sifat seorang pendakwah paling ketara pada diri rasul diatas sifat seorang pemerintah, bapa, sahabat, suami.

Inilah sunah utama yang perlu kita ikut. Dakwah lillahi taala.

MUHAMMAD, manusia pertama dalam senarai manusia berpengaruh tulisan orang kafir.Kita sebagai ummatnya adalah pewaris perjuangan ini. Apakah jawapan yang kita hendak berikan pada rasulullah apabila ditanya, "Apa yang kamu dah lakukan?". Apakah yang akan kita bual dan sembangkan bersama rasul ketika makan sedulang dengan arrasul?

Selawat ke atas Rasulullah, nabi pemimpin ummat.

Ingin aku ketemu mu Ya Rasulullah

Hati ini terasa indah melihat wajahmu Ya Rasulullah

Diri berasa malu pada mu Ya Rasulullah

Lidahku kelu untuk berkata kepada mu Ya Rasulullah

Aku perlu bimbingan mu Ya Rasulullah

Kehidupan ini panjang lagi untukku Ya Rasulullah

Ummat Ini perlu tunjuk ajar mu Ya Rasulullah

Benar kata mu Ya Rasulullah

Tidak akan sesat dengan alquran dan sunnah mu Ya Rasulullah

Janji tuhan mu benar Ya Rasulullah

Agama ini pasti menang atas segala agama Ya Rasulullah

Dunia ini menanti cahaya mu Ya Rasulullah

Dunia baru Islam pasti bangkit Ya Rasulullah

Kasih mu dirasai ummat mu Ya Rasulullah

Akan ku nanti bertemu mu Ya Rasulullah

Friday, January 22, 2010

Musafir: Kembara Anak Jati


"ananda tak sangka kan pulang ke tanah lahir ananda, Ipoh ,Perak. selama ini ananda bermustautin di Selangor.walau lahirnya ananda di Perak tp hilang semua logaht orang Perak takde di lidah ini."lintasan hati ananda bermain.


Embun qariah qabla subuh paling nyaman dihirup,bahang qariah ditengah hari paling panas peluh mengalir,terpaksa bertapa di bawah basement penyejuk badan, udara segar tak bercampur gas,padang rumput yang rata tak berapa.

Setiap hari ananda safar ke kuliah syariah sejauh 1km hingga 1.5km, safar ini mulanya susah, berubah kehidupan madinah kepada kehidupan qariah,mulanya kudrat Allah ini, kaki ananda guna untuk ke kuliah bersama cita2 yang terpahat di hati, kemudian berbasikal.Kuliah nya tak lah mudah yang dikatakan orang, semuanya dalam bahasa arab, setiap hari menelaah kitab tulisan ulama' Al-Azhar,banyak kalimah yang ananda tak tau, kekuatan hafalan ananda diuji. Mohon doa Allah mudahkan jalan pengajian ini.

Ananda bersama rakan cuba memenuhi ruang2 masjid setiap waktu solat. Ruang2 masjid dipenuhi mereka yang mukanya telah berkerut, tapi bercahaya, pencen dan mengabdikan diri pada Allah.

"bagus anak muda di masjid"

"anak2 semua dari mana?

"anak muda sekarang jarang di masjid"

"anak muda datang lah ke rumah"

Mereka terkejut akan ananda dan rakan2, digelar kami anak muda.Kapan kami disambut mesra. Suasana anak muda di qariah tidak ubah dari di madinah. Ada sinar harapan,ada juga bunga layu dan kijang pengecut. Ananda tak beza umur. Anak jati negeri ini.

Ananda dan rakan2 mendidik diri di rumah separuh papan separuh batu.Masakan bangsa dicuba dan dirasa. Unggun api dinyala membakar sampah, asap naik suasana qariah lebih dirasai. Petang makcik dan makcik membakar samapah dilaman. Anak muda berkaki ayam bermain bola di padang, ananda tak terlepas berkaki ayam, berlumpur.Mata ananda melihat couple dan geng qaiah. telinga mendengar pecutan motor anak jati.

Hari berlalu dangan jasad dan ruh bersama anak jati ini. Bumi ini hampir dangan diri. Gunung didaki hingga ke puncak. dilafazkan tak didengar,

"aku anak jati,aku lahir disini,setiap hari aku melihat anak bangsa yang dulunya singa dan bunga cantik, kini kijang dan bunga layu, ramainya anak bangsa, hanya dangan anak bangsa ini tanah ini kan kembali megah, kerajaan islam harapan,iman dan ilmu perlu ditambah,peribadi muslim perlu dibina, jihad dan dakwah jadi agenda, anak jati muslim harapan negeri ini "

Saturday, January 16, 2010

Musafir: Kehidupan Berterusan



Duk termenung di atas papan rumah kampung melihat kanak-kanak berlari, teringat akan diri yang sedang mematangkan diri, berkejar-kejar ke pejabat mengisi borang kemasukan ma'had selesai alam rendah, enam tahun pula berlalu dengan suka duka, kontroversi dan isu2 kawasan, tempatan, dan dunia berlalu bak senja yang pasti datang dan pergi . Dunia menengah telah berlalu....


Menuntut diri untuk menguatkan diri dan mematangkan diri ini, dulu bersama keluarga kini bersama rakan2 menempuh hidup seharian, barang daruri terpaksa beli bersama, barang kecil2 sahaja sedar2 habis belanja RM250....baru terasa berat ibu bapa membesarkan diri ini, apatah lagi keluarga yang beranak 10 orang atau lebih, kapan beban di bahu boleh diselesaikan, apatah lagi yang bergaji rendah...

Ilmu khidupan itulah yang paling mahal , tidak menyesal pengalaman sebelum, memasak n others....kerna isu umat yang lebih besar ini, kapan diri ini boleh laksanakn sedang perkara kehidupan remeh ini kita disibukkn....sedang musuh umat makin mendesak dan bterus terang menentang umat islam yang lalai dengan kesibukn dunia....remaja berikhtilat tanpa rasa salah kerna dunia kini menunjukkn ia adalah perkara biasa walau tau agama melarang, dunia yang maju ini, bagaimana kita manfaatkn untuk khdpn umat ini bterusan dan makin dipelopori oleh fikrah islam yang sohih...

Banjiran bencana gempa bumi, tsunami, sekatan 200 000 mayat, peperangan, bumi yang semakin tua, menjadi bukti walau khdpn manusia berubah....tapi ketetapan kehidupan alam ini tetap berterusan...atas sunnah Allah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...