Friday, February 26, 2010

Ketika Bertemu Rasul


Hari yang indah, angin bertiupan nyaman meniup irama merdu lagu Ya Rasulullah. Hari yang wajib ummat Islam ingat dalam minda dan hati, bagi yang lupa bangun ingatkanlah Ya Rasulullah. Semua muslim sibuk manyatakan dan menyambut hari ini dengan cara masing-masing. Ini adalah cara aku menyambut dan ingat akan hari ini dan peribadi mulia ini.


Ummat Islam di malaysia sambut dengan majlis-majlis. Dari yang dipertua agung kepada rakyat biasa menyambutnya.Pemimpin rakyat menyeru supaya umat islam di malaysia bersatu dan berusaha.

Suatu yang positif bagi rakyat malaysia. Ini menunjukkan perjuangan Islam di Malaysia adalah suatu yang positif. Ummat melayu islam khususnya perlu menjadikan agenda Islam dalam kehidupan mereka. Ummat islam perlu membentuk dirinya dan ummatnya kembali pada Allah alquran dan sunnah. Fikrah ini hendaklah dibumikan.

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

AlImran:103


Kerna wahyu dan pengorbanan rasulnya kita mendapat Islam pada hari ini. Namun adakah sambutan kita sekadar kata-kata kosong tanpa amal? Jika rasul di sisi kita, bagaimanakah kita? Adakah rasul dan ummatnya akan redha dengan keadaan dunia sekarang? Adakah perpecahan ummat berasaskan masalah cabang diredhai rasul?

Kita sebagai ummatnya perlu kembali kepada agenda rasulullah yang utama yaitu rahmat lilalamin dan menjadi agama ini paling atas, atas segala agama. Dakwah Islam adalah agenda dan sunnah rasul yang paling utama dan ketara. Sifat seorang pendakwah paling ketara pada diri rasul diatas sifat seorang pemerintah, bapa, sahabat, suami.

Inilah sunah utama yang perlu kita ikut. Dakwah lillahi taala.

MUHAMMAD, manusia pertama dalam senarai manusia berpengaruh tulisan orang kafir.Kita sebagai ummatnya adalah pewaris perjuangan ini. Apakah jawapan yang kita hendak berikan pada rasulullah apabila ditanya, "Apa yang kamu dah lakukan?". Apakah yang akan kita bual dan sembangkan bersama rasul ketika makan sedulang dengan arrasul?

Selawat ke atas Rasulullah, nabi pemimpin ummat.

Ingin aku ketemu mu Ya Rasulullah

Hati ini terasa indah melihat wajahmu Ya Rasulullah

Diri berasa malu pada mu Ya Rasulullah

Lidahku kelu untuk berkata kepada mu Ya Rasulullah

Aku perlu bimbingan mu Ya Rasulullah

Kehidupan ini panjang lagi untukku Ya Rasulullah

Ummat Ini perlu tunjuk ajar mu Ya Rasulullah

Benar kata mu Ya Rasulullah

Tidak akan sesat dengan alquran dan sunnah mu Ya Rasulullah

Janji tuhan mu benar Ya Rasulullah

Agama ini pasti menang atas segala agama Ya Rasulullah

Dunia ini menanti cahaya mu Ya Rasulullah

Dunia baru Islam pasti bangkit Ya Rasulullah

Kasih mu dirasai ummat mu Ya Rasulullah

Akan ku nanti bertemu mu Ya Rasulullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...