Friday, May 21, 2010

Wahai Kekasih



20 May tarikh yang direka oleh mereka untuk menghina Arrasul Muhammad. Mereka meletakkannya sebagai "Draw Muhammad Day".Atas nama kebebasan bersuara, kekasih saya dan anda ini dihina.Tanpa rasa bersalah mereka menghina kekasih kita.Kelebihan yang Allah berikan pada mereka disalah guna.

Wahai kekasihku aku nukilkan buatmu.

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.


Wahai kekasih kami, kerna kelemahan kami membangunkan Islam di dada kami, agama ini dipijak tanpa didengari suaranya, agama ini tak pernah hina melainkan kerna kami, engkau dihina juga kerna kelemahan kami, tidak akan kami duduk diam seribu bahasa, akan suara risalahmu ini didengari hatta tiada fitnah dan menjadi teratas dari yang lain.

Banggunan Islam yang indah, yang dulunya menjadi guru seluruh alam, yang dulu mempertahan hak agama ini, hak utusan Allah ini, yang menyebarkan keadilan dan keharmonian setiap manusia.

Kini banggunan ini telah hancur, bukan kerana jentera besar tapi kerana penghuninya yang menghancurkan dirinya sendiri.Banggunan ini tidak akan tersergam indah kembali malainkan penghuninya membangunkan dan mengubati dirinya semula. Batu-bata dan ubatnya adalah peninggalan penghulu banggunan ini, Alquran dan Assunnah.

Hanya dengan kita bina diri kita dengan Alquran dan Assunnah, Islam akan dijulang semula menjadi Pemimpin Dunia yang dihormati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...