Friday, December 9, 2011

Permulaan Mesir


Surat dari Mesir untuk ummi, abi, thana, tamim, sanak saudara, sahabat yang saya kasihi dan cintai.

Selepas 1 hari di Bahrain , berangkat ke Mesir, bumi yang sudah lama simpan di hati untuk dijejaki. Kaki jejak ke bumi mesir, pandangan pertama turun dari kapal terbang, berurusan dengan pegawai di airport Mesir, dengan tidak faham bahasa arab ammi (pasar) mesir, selepas disemak passport disuruh beratur semula, mungkin kerana nama macam terrorist. Keluar dari airport, disambut oleh senior2 dari Badan Kebajikan Anak Selangor (BKSAM), pandangan pertama ke bumi mesir, jauh sungguh perbezaan berbanding Bahrain, kereta-kereta mahal buatan Amarika, Eropah, Jepun, Korea, buatan Malaysia pun ada, semua remuk-remuk dan calar-balar.

Hari-Hari Pertama
Ditempatkan di imarah (banggunan) Selangor, bilik 203, bersama dengan sahabat-sahabat Adha, Muaz Yaman, Jurjani, dan senior-senior, Ust.Muslim, Ust.Naufal Halim, Ust.Azri,  Dr.Hamdi, Dr.Fadhil. Dengan semangat yang berkobar-berkobar tiba di Mesir, no telefon tiada lagi, badan tidak rasa letih, walau senior suruh rehat tapi tak nak, duduk di koridor luar kat bawah. Tanpa disangka dalam hanya baru beberapa jam, tengah duduk saja-saja di koridor tanpa dirancang tapi dengan perancangan Allah bertemu dengan ikhwah ISMA Mesir, Dr.Nuaim, Dr.Zul, Ust.Siddiq Fauzan, Danial Al-Asr, Ikramah Al-Din. Ucapan yang tak boleh lupa,"ahlan bik ila misr".

Di imarah Selangor, pelbagai program diatur oleh BKSAM untuk kami mahasiswa-mahasiswa baru, bak kata pepatah yang selalu disebut-sebut, "aljadid kal a'ma walau kana basira" "orang baru seperti orang buta walau dia melihat". Banyak program diatur untuk persedian awal di Mesir, orentasi mudah nak cakap. Terima kasih atas segala yang dilakukan untuk kami.

Jiwa yang semangat berkobar-kobar nak mengutip mutiara-mutiara di sebalik debu-debu pasir yang dikatakan, ilmu, dakwah dan tarbiyyah. Kami di kuarantinkan di imarah untuk beberapa minggu untuk langkah-langkah persedian, tapi dengan jiwa muda yang memberontak, kalau ada senior yang nak keluar pasti nak ikut, jadilah antara mahasiwa Selangor yang baru yang awal-awal berjalan-jalan jauh, tidak berniat untuk memberontak tapi inilah jiwa muda yang bersemangat. Sekali-sekali pergi ke masjid berdekatan untuk dapat ruh arab.

Hari pertama bertemu ikhwah, selepas beberapa hari, mungkin satu-dua minggu  tidak bertemu ikhwah. Hati ini macam tak sabar je nak jumpa ikhwah dan bersama dalam sistem tarbiyyah. Satu hari selepas subuh, ikhwah jemput datang rumah, bersama dengan Ustaz Kamarul Naim, HRD ISMA Mesir dan ikhwah-ikhwah lain, Ust.Najid, Faiz Lee, dan ahli2 rumah Toba El Ramli, rumah ikhwah pertama yang dijejaki. Satu perjumpaan 'selamat datang' yang sebentar tapi membasahkan hati dan ukhuwah dan menjelaskan serba sedikit apa yang nak dicari di Mesir. Ilmu di Al-Azhar dan Manhaj Ikhwan Muslimin.

Minggu- Minggu Pertama
Kaki ini masih tidak jejak ke Al-Azhar dan tak sabar. Alhamdulillah ada senior yang rajin bawa ke Al-Azhar dan tempat-tempat lain, Ust.Hanif Hasan, Ust.Muaz, Ust.Toriq. Dengan semangat yang ada, ikut Ust.Hanif ke Al-Azhar, waktu tersebut bas semua tiada kerana mogok minta menaikkan gaji, kami lompat-lompat trenko(van) sehingga tiba di Al-Azhar, mengambil jadual kelas yang sudah keluar tapi kelas tidak bermula lagi, pada awal oktober. Ke masjid Al-Azhar mengambil jadual kelas talaqqi.

Kelas di Al-Azhar tidak bermula lagi, semangat yang ada mencari kelas-kelas dan ilmu-ilmu yang boleh dicedok. Perancangan telah ditulis. Sekali ke rumah Kedah talaqqi kitab bidayatul hidayah. Sekali ke Masjid Hussein tahsin (perbaiki bacaan) Quran dengan syeikh Nabil, sambung tahsin dengan syeikh Asyraf setiap kali  selepas subuh di masjid Solah Ja'fari, tetapi sungguh meletihkan selepas subuh terus keluar selepas itu sambung kelas balik petang, disebabkan agak penat tukar tahsin dengan syeikh Waeel di Mukhottom, selepas kelas di Al-Azhar. Tahfiz (hafal) Al-Quran ada beberapa kali di Ubai Ka'ab tapi tidak terus sebab bertembung dengan kuliah Al-Azhar.

Alhamdulillah kuliah dah bermula,walau nama tidak naik lagi, imtihan qabul belum, menghadirkan diri pada setiap hari untuk membiasakan diri bercakap bahasa arab fusha dan ammi. Cuba untuk dengar dan faham muhadarath (kuliah) dari doktar.

Menghubungi kekasih hati itulah ibuku yang dipanggil  "ummi", mengkhabarkan berita kesukaran untuk memahami dan bertutur bahasa arab, pesanannya kepadaku "dulu ummi  di US macam tu juga, walaupun bahasa inggeris tapi bahasa inggeris engginering, ummi sorang-sorang student perempuan  sivil engginering dalam kuliah, selepas dua tahun baru fasih."


Aiman Sha'ari, sepupuku dari Malaysia datang ziarah saya dan sahabatnya yang juga ikhwah, Danial. Antara tujuan lain untuk melihat dan mengambil pengalaman di negara asing. Saya, Aiman, Danial telah berjalan di sekitar  old cairo fathimiyyah dibawa oleh ust.Thaqib, sangat mengkagumkan penerangan darinya, seni bina yang ada dengan pelbagai bentuk dan seni dari latar belakang negara yang berbeza.

Seni bina Turki dengan tiangnya yang lurus memanjang; sabil (salur air) yang berada merata-merata di situ hasil perancangan Raja Pasya, pada masa lalu atas setiap sabil dibuat kelas-kelas pengajian agama, atas  kelas-kelas dibuat masjid; banggunan yang diletak ditengah-tengah jalan supaya tak nampak kosong; sempat menaiki puncak menara sempadan Kaherah Fathimiyyah, terasa nak menawan Mesir (mengambil semua ilmu di Mesir) .

Esok bertolak ke Alexanderia , singgah Library Alexenderia yang menggambarkan kegemilangan keilmuan di Alexenderia pada suatu masa dahulu yang ingin dikembalikan, Alexenderia pusat tumpuan ilmu dari sekitar Maditeranian dalam pelbagai bidang. Suatu bandar yang berbeza dari Kaherah.

Ke Mansurah dan Dumyat; Adik Ust.Farhan Fadhil, Faiz dan Faris dan sahabat mereka Hakim baru tiba dari Malaysia di airport Kaherah, hantar mereka ke Mansurah, rumah Hakim, ke Dumyat, rumah Faiz dan Faris.Berehat sebentar dan pulang semula ke Kaherah.

 Sudah ke Alex, Mansurah, Dumyat, lalu Tanta tapi masih tidak jumpa ikhwah di sana.

Hari Raya Aidil Adha pertama tidak bersama keluarga tapi bersama dengan ikhwah, semua turun ke Kaherah dari setiap mahfuzah (negeri), Alex, Mansurah, Tanta, dari universiti-universiti pelbagai.Bertemu dengan Dr.Yamin dan ikhwah-ikhwah lain. Sama-sama hirasah jaga lembu, kambing.  Korban sama-sama, sembelih, melapah, potong kecil-kecil, masak sama-sama, potong cili, kupas bawang, hiris lobak.Tidur dan hirasah memasak untuk Majlis Raya Aidil Adha.


Bulan-Bulan Pertama
Tiba di Mesir musim panas, dan ia sudah berlalu, kini musim sejuk.

Semangat yang berkobar-kobar jangan dilunturkan, hadir setiap kuliah, baca kitab dan kutaib (kitab kecil), beli kitab, cari dan belajar dari syeikh. Bertemu, kenal dan rapat dengan ikhwah.

Mata, hati, akal perlu dibuka memperhatikan peristiwa yang berlaku dan mengambilnya sebagai bekalan dan pengajaran. 

Banyak peristiwa dan pengalaman tapi tidak dicatat, perlu dicatat sebagai nota-nota kehidupan  untuk diri sendiri dan mungkin boleh dikongsi kepada semua.

Sekarang waktu imtihan (periksa) , fokus untuk periksa, harap doakan berjaya dari semua. Kita sama-sama saling berdoa.

Friday, November 18, 2011

Satu Matlamat


Assalam'alikum

Alhamdulillah Allah memberi kita peluang untuk menjalani kehidupan, peluang mencari redha Allah, peluang mencari keampunannya. Peluang untuk bergaul dalam masyarakat manusia dengan harmoni.

Setiap hari kita menjalani kehidupan di dunia, bertemu dan bergaul dengan pelbagai kerenah manusia, rakan-rakan kita, ahli rumah, rakan sekelas, ammu (pakcik) dan mama (makcik) kedai.

Rakan sekelas saya pada tahun ni berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ni duduk sebaris dengan arab mesir, turgistan, pakistan warganegara britain, negeria, indonesia, kemboja, thailand. 

Pelbagai ragam, ada yang panjat dan jalan atas meja, hisap rokok waktu dokter syarah, badan dan mulut berbau, bising-bising dalam kelas. Pelbagai rupa, pelbagai gaya. pelbagai watak, pelbagai fikiran.

Mungkin pernah kita tak puas hati dengan rakan sebilik, sekelas, atau masyarakat sekeliling. Mungkin kita pernah berbeza pendapat, fikiran, idea. Mungkin kita pernah berbeza watak, perangai,peribadi, atau prinsip. Atau mungkin kita berbeza budaya, bangsa, persatuan.

Tetapi kita mengucap kalimah syahadah yang sama, beriman kepada tuhan yang Esa, Rasulullah qudwah kita, qiblat yang sama, Al Quran dan AsSunnah panduan kita. Matlamat kita juga sama. Tidakkah begitu?

Berbilang bukan Berpecah.


Lebah mencari dan mengumpul madu dari bunga-bunga, membawa pulang ke sarang. Bunga mengeluarkan manisan untuk lebah. Air, tanah, cahaya membesarkan benih sehingga teguh, tumbuh bunga dan berbuah.

Matahari dikelilingi planet-planet. Bumi dikelilingi bulan. Cahaya  dan haba matahari menyinar dan membahang bumi. Gas-gas di langit dan bumi bergerak aktiv.

Kapal berlayar di atas laut. Nelayan di dalam kapal menjala dan memancing ikan. Ikan kecil dan besar berenang hidup di dasar laut. Sotong, udang, ketam, kerang hidup ceria.

Walau berbilang sistem, rupa, jenis, cara hidup tapi hidup aman mematuh perintah Allah yang satu. Tidak menzalimi sebahagian kepada sebahagian yang lain. Lebah kepada bunga.

Walau kita berbilang method, fikrah tapi bermatlamatkan satu, mencapai redha Allah tertinggi, menegakkan kalimah Allah. Tidak seharusnya kita kutuk-mengutuk, zalim-menzalimi sedang ummat sakit tenat, musuh gelak terbahak-bahak.

Bersatu bukan bermakna kita menyamakan semua nama, perangai, watak, fikiran. Kita bersatu atas satu aqidah, matlamat yang sama, halatuju yang satu.

Akhirnya kita dikembalikan kepada Allah, orang yang ikhlas berjuang akan disatukan satu kumpulan, musuh-musuh Allah disatukan satu kumpulan.

Tanggungjawab kita adalah untuk terus beramal dan yakin dengan\izin Allah yang pasti akan menyatukan ummat dan memberi kemenagan kepada ummat ini.

Membangun Umat Beragenda








Wednesday, June 1, 2011

Kader Harapan

Wakil ISMA Pusat dan Pengarah PRISMA memeriksa barisan
Alhamdulillah...
Saya berpeluang bersama dalam satu perkhemahan, Perkhemahan Anak-Anak Isma 2011 (PRISMA). Pada awalnya saya ingat perkhemahannya bentuk macam biasa, ice-breaking, jungle tracking, night-walk, malam kesenian. Tapi kali ini PRISMA membawa bentuk baru dengan tema "Siap Siaga Menempuh Cabaran".

Setiap peserta mula berdaftar seawal 8 pagi 29 Mei 2011 Ahad. Peserta datang dari pelusuk negara, dengan manaiki pelbagai transport, bas awam, makayah hantar, para ammu (pakcik) hantar. Peserta diberi sehelai baju dan berat berwarna biru pekat, tak mudah kotar dalam aktiviti lasak. Peserta dikehendaki memakai uniform tersebut sepanjang 3 hari 2 malam. Para fasi dan urusetia memakai baju berwarna biru kehijauan.  

Saya merasa sangat kagum dan gah melihat para peserta,ini pertama kali KRIM buat perkhemahan beruniform. Fikiran saya terlintas " inilah generasi pewaris harapan ummi abi yang menjalankan dakwah siang malam, ini juga generasi harapan kepada ummah" Banyak tenaga dikerahkan untuk generasi ini. Biar duit, harta, jiwa, fikiran dan tenaga dikorban, asal anak-anak ini mewarisi perjuangan dakwah ini.

 Sesuai dengan tema PRISMA, "Siap Siaga Menempuh Cabaran" , banyak persediaan yang kita dan anak-anak generasi akan datang yang perlu dilakukan.Di sini saya nyatakan beberapa persedian.

        1. Bersedia menempuh kesusahan, alhamdulillah negara kita dirahamati Allah dengan keamanan dan kesejahteraan. Dakwah yang dilakukan masih disambut baik dan tiada penentangan yang jelas. tapi hakikat jalan dakwah yang dilalui para anbiya', para sahabat, dan mereka yang mengikut jalan dakwah ini, jalan ini akan menempuh kesusahan dan keperitan, dihina dan diseksa. Kita bukan mengharap tapi kita perlu bersedia.

       2. Kesatuan yang utuh tidak berbelah bagi. Kesatuan ukhuwah kita pasti diuji, kerjasama dan kesetiaan atas jalan ini pasti diuji. Kesatuan ini perlu kita bina dari awal, sehingga biarlah apa cabaran pun yang akan ditempuh, pasti kita tempuh bersama. Pembinaan kesatuan dan kerjasama boleh dibina dalam program seperti perkhemahan dan lain-lain.

      3. Ilmu yang meluas dan mengkesani masyarakat. Cabaran melengkapkan diri dengan ilmu makin meningkat. Kalau generasi dulu perlu ada ijazah pertama untuk mengkesani masyarakat, kini perlu kepada ijazah ketiga, mungkin dalam 20 tahun lagi perlu kepada 2-3 PHD. Ikhwan Muslimin di Mesir ramai yang mempunyai 2-3 PHD. Tak disangkal, tak semestinya orang yang tidak belajar tinggi-tinggi tidak boleh mengkesani masyarakat, tapi ini pesediaan yang perlu untuk akan datang.

         Sedang PRISMA saya dapat sms dari seorang ayah dan murabbi saya "tahfizkan dia elok-elok, bakal mujtahid dakwah" sms untuk menastikan si anak hafiz AlQuran di Maahad Huffaz wa Duat, tempat saya berkhidmat sekarang, insyaallah sampai akhir jun ini sahaja saya berkhidmat, saya akan sambung pelajaran ke Al-Azhar Kuliah Syariah.Doakan saya dan rakan-rakan.

      4. Iman dan jatidiri yang tinggi, dalam ucapan wakil ISMA pusat, dia mengatakan cabaran untuk remaja dan belia hari ini makin meningkat, ini memerlukan jatidiri yang kuat untuk menempuh segala cabaran. Sunnatullahnya, lagi kuat cabaran lagi kuat jatidiri yang diperlukan.

Para fasi dan urusetia berpakaian biru kehijauan


PRISMA kali ini menjadi titik tolak kepada persediaan menempuh segala cabaran pada masa akan datang. Pelbagai wasilah (cara) perlu dibuat untuk menyediakan kader-kader harapan ummah ini. Sungguh gah mereka di perkhemahan, banyak tenaga dikerah untuk mereka, kerana mereka harapan ummi dan abi. Harap mereka sedar, mereka juga harapan ummah.

Membina Generasi Harapan 

Saturday, April 23, 2011

Genggam

Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Kesabaran mengiringi
Menanti terbitnya mentari

Pernahku masih mengejar impian ini
Harapanku ini masih belum lagi mati
Tak mudah melupai
Erti perjuangan ini

Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula

Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Percaya kataku ini
Kan kubawa kau kembali

Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula

[dalam konteks sahabat mengikut syariat]

Sunday, April 3, 2011

M.G.H

Pelajar Maahad Huffaz Wa Duat

Assalamualikum....lama rasanya tak menulis, mungkin kerana sibuk atau tak mencari masa untuk menulis. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis.

Alhamdulillah...Saya masih bersama bukit-bukit Ipoh berdiri kukuh di negeri Perak ini. Kali ini bukan sebagai pelajar tapi pengajar. Alhamdulillah bersama adik-adik Ma'had Huffaz Wa Du'at, tahfiz alquran di bawah Akademi Ikatan Muslimin.

Sungguh adik-adik ini datang dengan harapan menghafal AlQuran. Sungguh muka mereka penuh dengan sinar. Mereka datang dengan satu harapan sedang beribu harapan terletak di bahu mereka, tidaklah mereka tahu apa yang akan mereka jadi pada masa hadapan, jejak siapa yang mereka sedang ikut?

Ceria...

Walau masih bersifat kanak-kanak tapi bakal menjadi pejuang yang hebat ibarat cecair logam yang belum dibentuk, boleh dibentuk dan digilap menjadi perisai, pedang, baju besi yang akan digunakan untuk menegakkan agama ini. Bak kata pepatah melayu "luntur buluh dari rebungnya".

Dalam mereka tak sedar dengan menghafal Al-Quran mereka sedang mengikut langkah Umar Al-Khattab, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi. Itulah contoh ikutan mereka. Alhamdulillah mereka rajin membaca kisah tokoh-tokoh sahabat dan pejuang islam itu, mengamalkan perintah Allah "Iqra'...."

Impian Umar ada pada mu wahai adik-adik remajaku, "Aku impikan satu lembah yang penuh dengan RIJAL, yang akan aku minta untuk menegakkan agama Allah". Di mana pun engkau berada, dengan impian yang sama, semua guru, asatizah, senior akan membimbing engkau.

Wahai adik-adik remajaku, relakanlah dirimu untuk dibentuk oleh acuan islam untuk engkau manjadi perisai, pedang dan baju besi yang hebat. 

Dengan slogan "Membina Generasi Harapan" engkau dibentuk. Di bahu mu menggunung harapan, yang akan engkau pikul kerana engkaulah Generasi Harapan.

Asatizah bersama pelajar




Friday, February 11, 2011

Kami ustaz Hebat




Indahnya nikmat aman



sempat saya simpulkan tentang apa yang berlaku dalam seminggu dua ni. Saya berharap entry ini kena dan sesuai dengan situasi yang berlaku kala ini. mohon doa agar semuanya dipermudahkan.

kedua-dua nya begitu kena kepada saya, bezanya satu memberi kesan lansung manakala satu lagi memberi kesan tidak lansung. Yang amat memberi kesan adalah keputusan STAM 2010. Tahniah buat warga Akademi Ikatan Muslimin kerana berjaya dalam STAM. Bagi saya Mumtaz itu bukan ukuran, koleksi dan pengalaman tarbiyyah dan pengalaman tahun lepas itu yang lagi penting.

moga Allah beri kami kekuatan untuk menjadi ustaz yang hebat. Moga keputusan awal ini membantu kami menjadi ustaz yang hebat satu hari nanti. tolong doakan



ustaz hebat dan ustaz biasa

antara sebab utama mengapa saya ambil STAM dan bukan bidang lain adalah kerana saya begitu impikan menjadi seorang ustaz yang hebat fikrah, ilmu dan amalnya.

Selalu saya fikir juga, bagaimana mau jadi seorang ustaz yang kalamnya dapat didengar dan dihormati oleh segenap masyarakat dunia? terutama golongan profesional?

saya pernah dapat satu soalan daripada seorang senir dalan bidang syariah ; bagaimana agaknya saya kalau berhadapan dengan peguam yang memang bidangnya bercakap, bermain falsafah yang tinggi, ilmu dan hujahnya yang sangat kuat serta keyakinan yang tinggi.

macamana?

tentu kalau ustaz tu tak hebat tentu kena hentam macam apa sahaja dengan peguam hebat tu.

bagaimana pula kalau ada seorang atheis datang bertanya tentang konsep ketuhanan islam? dengan bentangan falsafah yang tinggi serta kalam yang padat dengan idea-idea bernas seolah dia syekh dalam ilmu mantiq. macamana ustaz mahu menampung kekuatan seperti itu?

tak lain dan bukan tidak, mestilah ustaz yang kualiti dan hebat.

yang lagi penting daripada berlawan hujjah dengan seteru yang hebat belaka adalah sumbangan ustaz yang hebat dalam membangun negara.

bukan calang-calang ustaz yang boleh menyusun gerak dalam tarbiyyah. yang bukan sahaja tampil memberi forum dalam tv, malah dia lebih dari itu.

dia berfikir tentang langkah seterusnya, dan seterusnya dan seterusnya tanpa henti dalam menggerakkan dakwah dalam kalangan masyarakat

dia perlu berfikir selangkah ke hadapan, apa yang akan terjadi 10 tahun akan datang kepada dakwah di malaysia, apa cara yang terbaik, manhaj apa yang patut diguna. apa tergetnya dan lain-lain

ni baru sebahagian kerja ustaz yang hebat.

memang ramai ustaz yang hebat, tapi tak ramai yang mahu dan mampu fikir untuk ummah dan dakwah. dalam ceramah hanya cerita adab dan hukum solat, memang tidak berkembang saya kira.

sedangkan ustaz itu lebih diperlukan daripada ceramah-ceramah.

doakan kami menjadi ustaz yang hebat, ustaz yang faqih dalam pelbagai aspek, ilmu, kemahiran, cakap dan perjuangan.

dan doakan mesir kembali pulih!

paltel10.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...