Saturday, April 23, 2011

Genggam

Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Kesabaran mengiringi
Menanti terbitnya mentari

Pernahku masih mengejar impian ini
Harapanku ini masih belum lagi mati
Tak mudah melupai
Erti perjuangan ini

Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula

Terkenang bersama mengecap pelangi
Menempuhi rintangan onak berduri
Percaya kataku ini
Kan kubawa kau kembali

Genggam tanganku
Kubawa bangunkan kau semula
Genggamlah tanganku
Kubawa kau semula

[dalam konteks sahabat mengikut syariat]

Sunday, April 3, 2011

M.G.H

Pelajar Maahad Huffaz Wa Duat

Assalamualikum....lama rasanya tak menulis, mungkin kerana sibuk atau tak mencari masa untuk menulis. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis.

Alhamdulillah...Saya masih bersama bukit-bukit Ipoh berdiri kukuh di negeri Perak ini. Kali ini bukan sebagai pelajar tapi pengajar. Alhamdulillah bersama adik-adik Ma'had Huffaz Wa Du'at, tahfiz alquran di bawah Akademi Ikatan Muslimin.

Sungguh adik-adik ini datang dengan harapan menghafal AlQuran. Sungguh muka mereka penuh dengan sinar. Mereka datang dengan satu harapan sedang beribu harapan terletak di bahu mereka, tidaklah mereka tahu apa yang akan mereka jadi pada masa hadapan, jejak siapa yang mereka sedang ikut?

Ceria...

Walau masih bersifat kanak-kanak tapi bakal menjadi pejuang yang hebat ibarat cecair logam yang belum dibentuk, boleh dibentuk dan digilap menjadi perisai, pedang, baju besi yang akan digunakan untuk menegakkan agama ini. Bak kata pepatah melayu "luntur buluh dari rebungnya".

Dalam mereka tak sedar dengan menghafal Al-Quran mereka sedang mengikut langkah Umar Al-Khattab, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi. Itulah contoh ikutan mereka. Alhamdulillah mereka rajin membaca kisah tokoh-tokoh sahabat dan pejuang islam itu, mengamalkan perintah Allah "Iqra'...."

Impian Umar ada pada mu wahai adik-adik remajaku, "Aku impikan satu lembah yang penuh dengan RIJAL, yang akan aku minta untuk menegakkan agama Allah". Di mana pun engkau berada, dengan impian yang sama, semua guru, asatizah, senior akan membimbing engkau.

Wahai adik-adik remajaku, relakanlah dirimu untuk dibentuk oleh acuan islam untuk engkau manjadi perisai, pedang dan baju besi yang hebat. 

Dengan slogan "Membina Generasi Harapan" engkau dibentuk. Di bahu mu menggunung harapan, yang akan engkau pikul kerana engkaulah Generasi Harapan.

Asatizah bersama pelajar




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...