Wednesday, June 1, 2011

Kader Harapan

Wakil ISMA Pusat dan Pengarah PRISMA memeriksa barisan
Alhamdulillah...
Saya berpeluang bersama dalam satu perkhemahan, Perkhemahan Anak-Anak Isma 2011 (PRISMA). Pada awalnya saya ingat perkhemahannya bentuk macam biasa, ice-breaking, jungle tracking, night-walk, malam kesenian. Tapi kali ini PRISMA membawa bentuk baru dengan tema "Siap Siaga Menempuh Cabaran".

Setiap peserta mula berdaftar seawal 8 pagi 29 Mei 2011 Ahad. Peserta datang dari pelusuk negara, dengan manaiki pelbagai transport, bas awam, makayah hantar, para ammu (pakcik) hantar. Peserta diberi sehelai baju dan berat berwarna biru pekat, tak mudah kotar dalam aktiviti lasak. Peserta dikehendaki memakai uniform tersebut sepanjang 3 hari 2 malam. Para fasi dan urusetia memakai baju berwarna biru kehijauan.  

Saya merasa sangat kagum dan gah melihat para peserta,ini pertama kali KRIM buat perkhemahan beruniform. Fikiran saya terlintas " inilah generasi pewaris harapan ummi abi yang menjalankan dakwah siang malam, ini juga generasi harapan kepada ummah" Banyak tenaga dikerahkan untuk generasi ini. Biar duit, harta, jiwa, fikiran dan tenaga dikorban, asal anak-anak ini mewarisi perjuangan dakwah ini.

 Sesuai dengan tema PRISMA, "Siap Siaga Menempuh Cabaran" , banyak persediaan yang kita dan anak-anak generasi akan datang yang perlu dilakukan.Di sini saya nyatakan beberapa persedian.

        1. Bersedia menempuh kesusahan, alhamdulillah negara kita dirahamati Allah dengan keamanan dan kesejahteraan. Dakwah yang dilakukan masih disambut baik dan tiada penentangan yang jelas. tapi hakikat jalan dakwah yang dilalui para anbiya', para sahabat, dan mereka yang mengikut jalan dakwah ini, jalan ini akan menempuh kesusahan dan keperitan, dihina dan diseksa. Kita bukan mengharap tapi kita perlu bersedia.

       2. Kesatuan yang utuh tidak berbelah bagi. Kesatuan ukhuwah kita pasti diuji, kerjasama dan kesetiaan atas jalan ini pasti diuji. Kesatuan ini perlu kita bina dari awal, sehingga biarlah apa cabaran pun yang akan ditempuh, pasti kita tempuh bersama. Pembinaan kesatuan dan kerjasama boleh dibina dalam program seperti perkhemahan dan lain-lain.

      3. Ilmu yang meluas dan mengkesani masyarakat. Cabaran melengkapkan diri dengan ilmu makin meningkat. Kalau generasi dulu perlu ada ijazah pertama untuk mengkesani masyarakat, kini perlu kepada ijazah ketiga, mungkin dalam 20 tahun lagi perlu kepada 2-3 PHD. Ikhwan Muslimin di Mesir ramai yang mempunyai 2-3 PHD. Tak disangkal, tak semestinya orang yang tidak belajar tinggi-tinggi tidak boleh mengkesani masyarakat, tapi ini pesediaan yang perlu untuk akan datang.

         Sedang PRISMA saya dapat sms dari seorang ayah dan murabbi saya "tahfizkan dia elok-elok, bakal mujtahid dakwah" sms untuk menastikan si anak hafiz AlQuran di Maahad Huffaz wa Duat, tempat saya berkhidmat sekarang, insyaallah sampai akhir jun ini sahaja saya berkhidmat, saya akan sambung pelajaran ke Al-Azhar Kuliah Syariah.Doakan saya dan rakan-rakan.

      4. Iman dan jatidiri yang tinggi, dalam ucapan wakil ISMA pusat, dia mengatakan cabaran untuk remaja dan belia hari ini makin meningkat, ini memerlukan jatidiri yang kuat untuk menempuh segala cabaran. Sunnatullahnya, lagi kuat cabaran lagi kuat jatidiri yang diperlukan.

Para fasi dan urusetia berpakaian biru kehijauan


PRISMA kali ini menjadi titik tolak kepada persediaan menempuh segala cabaran pada masa akan datang. Pelbagai wasilah (cara) perlu dibuat untuk menyediakan kader-kader harapan ummah ini. Sungguh gah mereka di perkhemahan, banyak tenaga dikerah untuk mereka, kerana mereka harapan ummi dan abi. Harap mereka sedar, mereka juga harapan ummah.

Membina Generasi Harapan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...