Friday, November 18, 2011

Satu Matlamat


Assalam'alikum

Alhamdulillah Allah memberi kita peluang untuk menjalani kehidupan, peluang mencari redha Allah, peluang mencari keampunannya. Peluang untuk bergaul dalam masyarakat manusia dengan harmoni.

Setiap hari kita menjalani kehidupan di dunia, bertemu dan bergaul dengan pelbagai kerenah manusia, rakan-rakan kita, ahli rumah, rakan sekelas, ammu (pakcik) dan mama (makcik) kedai.

Rakan sekelas saya pada tahun ni berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ni duduk sebaris dengan arab mesir, turgistan, pakistan warganegara britain, negeria, indonesia, kemboja, thailand. 

Pelbagai ragam, ada yang panjat dan jalan atas meja, hisap rokok waktu dokter syarah, badan dan mulut berbau, bising-bising dalam kelas. Pelbagai rupa, pelbagai gaya. pelbagai watak, pelbagai fikiran.

Mungkin pernah kita tak puas hati dengan rakan sebilik, sekelas, atau masyarakat sekeliling. Mungkin kita pernah berbeza pendapat, fikiran, idea. Mungkin kita pernah berbeza watak, perangai,peribadi, atau prinsip. Atau mungkin kita berbeza budaya, bangsa, persatuan.

Tetapi kita mengucap kalimah syahadah yang sama, beriman kepada tuhan yang Esa, Rasulullah qudwah kita, qiblat yang sama, Al Quran dan AsSunnah panduan kita. Matlamat kita juga sama. Tidakkah begitu?

Berbilang bukan Berpecah.


Lebah mencari dan mengumpul madu dari bunga-bunga, membawa pulang ke sarang. Bunga mengeluarkan manisan untuk lebah. Air, tanah, cahaya membesarkan benih sehingga teguh, tumbuh bunga dan berbuah.

Matahari dikelilingi planet-planet. Bumi dikelilingi bulan. Cahaya  dan haba matahari menyinar dan membahang bumi. Gas-gas di langit dan bumi bergerak aktiv.

Kapal berlayar di atas laut. Nelayan di dalam kapal menjala dan memancing ikan. Ikan kecil dan besar berenang hidup di dasar laut. Sotong, udang, ketam, kerang hidup ceria.

Walau berbilang sistem, rupa, jenis, cara hidup tapi hidup aman mematuh perintah Allah yang satu. Tidak menzalimi sebahagian kepada sebahagian yang lain. Lebah kepada bunga.

Walau kita berbilang method, fikrah tapi bermatlamatkan satu, mencapai redha Allah tertinggi, menegakkan kalimah Allah. Tidak seharusnya kita kutuk-mengutuk, zalim-menzalimi sedang ummat sakit tenat, musuh gelak terbahak-bahak.

Bersatu bukan bermakna kita menyamakan semua nama, perangai, watak, fikiran. Kita bersatu atas satu aqidah, matlamat yang sama, halatuju yang satu.

Akhirnya kita dikembalikan kepada Allah, orang yang ikhlas berjuang akan disatukan satu kumpulan, musuh-musuh Allah disatukan satu kumpulan.

Tanggungjawab kita adalah untuk terus beramal dan yakin dengan\izin Allah yang pasti akan menyatukan ummat dan memberi kemenagan kepada ummat ini.

Membangun Umat Beragenda








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...