Tuesday, December 17, 2013

Mohon mumtaz untuk ummah



Mohon hidayah mohon ketinggian,

Sabar tsabat juga istiqamah,

Adab memohon pada tuhan, 

Ajar nabi dalam sunnah,

Minta yang hebat juga kemuliaan,

Imam muttaqin firdaus jannah.



Usaha doa tawakal dilupa jangan,

Mentalaah munaqasyah dan muzakirah,

Dalam sunnah juga quran,

Pada-Nya maslahah dan hikmah,

Dengan izin dan rahmat tuhan,

Mohon mumtaz untuk ummah.

Monday, December 9, 2013

Asyut, Zaqaziq, Madinah Nasr


Tiga bandar berbeza. Madinah Nasr ibu kota seperti Kuala Lumpur. Zaqaziq bandar yang kecil, menaiki kenderaan selama 10 minit sudah pusing satu bandar. Asyut saya belum jejak, insyaallah akan dijejak.Bukan ingin menceritakan perihal bandar. Tapi kerana dua teman saya di sana. Harith di Zaqaziq, Afiq di Asyut.

Alhamdulillah Allah memberi saya kesempatan untuk bertemu dua teman saya yang pemuda hebat ini. Saya bertemu dalam program Hari ISMA Mesir  baru-baru ini.

Afiq yang datang dari jauh, 6 jam perjalanan manaiki bas dari Asyut. Saya kira pengorbanan yang besar.
Harith yang pulang sejurus program pada tengah malam seorang diri, walau badannya kecil tapi saya kira jiwanya berani.

Seperti kalam pengerusi ISMA Mesir pada Hari ISMA Mesir " Di mana ada orang Malaysia di situ ada dakwah ISMA" Mereka inilah harapan ummat di tempat mereka.

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada mereka. Dan menjadikan mereka dalam kalangan pemuda seperti firman Allah " sesungguhnya mereka pemuda yang beriman dengan tuhan mereka dan ditambahkan mereka hidayah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...