Monday, December 21, 2009

Pengisian Qardawi

Sabtu lepas masjid negeri dihadiri Dr Yusuf Qazdawi, sekadar renungan dari hijrah Rasulullah:
1. Sesengguhnya Allah menolong rasulullah dan agamanya, bagaimana dagan kita? Bagi yang dah melanglah kaki, bersabar dan terus bersabar. Allah bersama kita jangan bersedih.
2. Rasulullah dalm berdakwah memilih unsur2 yang akan menjayakan dakwah ini, itulah stretegi terbaik, maka kita perlu jadi unsur yang terbaik dan memilih unsur dakwah terbaik, madu' yang berpotensi disamping meluaskan dakwah.
3. Asas kepada pembinaan syariat dan daulah ialah seruan "wahai orang yang beriman", itulah asas dakwah ini, peribadi2 yang beriman. seleapas itu pelengkapnya barulah syariat itu sendiri, ukhuwah dan kemajuan negara.

sekadar cetusan minda pada hari itu:
1. Ramai sungguh orang, mejoriti orang tua, pemuda ada tapi sikit.
2. Dai perlu menjadi orang yang fakih dalam Agama
3. Umat Islam perlu pelajari bahasa arab kerna itu bahasa Alquran dan Assunnah, unsur dakwah utama.
4. Umat Islam,khususnya pemuda melayu islam, perlu menjadi pemimpin islam yang benar.

Sunday, May 3, 2009

Dokter

Pada 1 mei yg lps, penulis berpeluang melawat pesakit di hospital dan melihat suasana disana.

Pada mulanya penulis mendapat berita dari mak ngah tuk Zul masuk hospital, ummi terus menelefon bertanya hal tuk Zul, dia sakit jantung.

Penulis dan keluarga terus segera bertolak ke Hospiatal Ipoh (tempat kelahiran penulis) selepas solat asar. Tiba di sana hari sudah gelap, hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu masa.

Tiba di wad 7A ramai pesakit terbaring. dalam satu bilik terdapat lebih kurang 48 orang pesakit, semuanya dengan masalah yang berbeza. Dokter yang merawat pen berbeza dengan kepakarn berbeza.

Penulis yang ambil biology cuba untuk mengesan punca sakit jantung tuk Zul, arteri tersumbat? glukose terlebih? nerve tak fungsi dengan baik? tak dapat difikirkan dengan ilmu yang cetek ini.

Penulis bertanya khabar tuk Zul, critical tak sakit jantung? Tak, mujur syntom awal shj. Macam mana boleh kesan sakit jantung? pada mulanya tuk Zul sakit dada, slps tu pergi periksa di klinik, dokter suruh ke hospital.

Esok sabtu pergi melawat lg tuk Zul, bertanya apa yang dokter cakap? dokter suruh tuk Zul cerita apa yang tuk Zul rasa? ummi kata barulah dokter tahu apa sakitnya, puncanya, dan ubatnya.




Ibroh yang nak dikongsi bersama:-
1. Setiap orang ada masalahnya sendiri, ubatnya berbeza, rawatan pun berbeza ikit kesesuaian seseorang.
2. Untuk kita merawat seseorang kita perlu ada ilmu.
3. Pesakit perlu segera beritahu dokter, jangan tunggu dah parah, baru nak jumpa dokter, susah nak ubati.
4. Pesakit perlu cerita pada dokter apa yang dia hadapi barulah boleh nak rawat dangan tepat.


"Seorang da'i ibarat doktar yang merawat pesakitnya, madĂș"

Wednesday, August 20, 2008

Pandangan kita????



Alhamdulillah lafaz terkeluar dari mulut, selesai membaca mathurat dan beberapa ayat suci alquran. Langit mendung ditembusi mentari pagi menandakan pagi yang nyaman. Membeli nasi lemak untuk keluarga macam biasa. Hari berlalu seperti biasa aman damai tanah airku ini.

Terbangun dari tidur. Bersiap kendiri untuk teruskan perjalanan yang panjang. Menaiki kereta menuju satu program atas kelolaan majlis surau. Penuh remaja muda, sebaya, lebih tua dari pelbagai umur. Pemuda beragam rupa, pakaian dan perangai. Ucapan perasmian majlis oleh wakil rakyat. Sedikit pengisian dari ustaz keluaran mekah. Rock-climbing, abselling, flying-fox, paint-ball, selesai bermain.

Selesai solat zohor. Majlis walimatul-urus dihadiri. Orang ramai hadir dengan bermacam pakaian, kebaya, baju batik, jubah, baju kurung. Majlis tahlil dipenuhi jemputan. Pakcik-pakcik sakn sembang tentang politik, kerja dan kenduri-kendara.

Tiba ditempat menungu bas. U80 dicari dari jauh. Dikelilingi manusia dari pelbagai kaum.Sami budha. Perempuan mamakai tudung 3 segi. Remaja dengan pakaian bermacam tulisan dan gambar.

Di masjid. Mendengar ceramah dari ustaz. Mendengar pakcik2 bersembang. Perbalahan perkara furu’. Mendebat pegangan masing2.

Fitnah dunia meliputi kehidupan yang disangka aman damai. Mendesak diri mencari panduan untuk tidak sesat. Untuk menilai dengan kaca mata sebenar. Tarbiyyah yang diikuti menjadi panduan. Berasaskan quran dan sunnah. Pengalaman yang ditempuhi perlu diingati dan faham dengan jelas. Redha dan rahmat Allah diharap menaungi kehidupan ini. Adakah diri ini memandang dengan kaca mata sebenar????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...