Friday, March 7, 2008

Bosanlah!!!!!

Baru beberapa hari berlalu sempena cuti penggal, semua orang dengan kehidupan masing-masing. Masyarakat dangan kesibukan pilihanraya, pelajar cuti sakan, remaja bermain game, keluarga berehat di rumah maupun di hotel.

Duduk rumah baru dua hari dah ada yang merasa bosan, belum sampai rumah dah ada yang pergi cc untuk main game.

Sebelumku pulang ke rumah aku bertanya pada seorang pelajar form 1 cuti wat pe? Bosan tak?Dia jawab "bosan jugak". Macam mana boleh jadi cam ni?

Bukan ke generasi para sahabat dulu tak pernah rasa bosan dengan kehidupan malah sentiasa sibuk. Mereka berlumuran darah dalam menegakkan agama mereka dan kita. Tapi kita pada hari ini ?

Allah menggariskan dalam alquran ada empat jenis orang yang hidupkan dunia:-

1. Orang yang hidupnya untuk bersuka ria dan kehidupannya berlalu begitu sahaja, hidupnya takde matlamat , takde apa yang jadi usahanya, die tak nampak masa depannya dunia maupun akhirat.

2.Orang yang hidupnya untuk mencari kesenangan hidup, harta , anak-anak yang ramai tanaman dan kebun-kebun yang indah, kenderaan yang hebat. Orang ini ada matlamat hidup dan die berusaha kearahnya die mengorbankan jiwa dan raganya untuk mencapainya.

3.Orang yang hidupnya untuk melakukan
fasad dimuka bumi ini.Hidupnya dihabiskan untuk menggangu menyusahkan manusia serta alam ini.Orang ini berniat jahat sentiasa. Masa, harta, diri mereka adalah untuk melakukan fasad.

4.Orang yang hidupnya untuk beribadah kepada allah, tunduk patuh arahan allah, menegakkan agama allah ini dimuka bumi untuk keadilan, keharmonian semua manusia muslim atau kafir. Orang ini habiskan masa, harta dan diri mereka untuk capai matlamat ini.

Semogfa allah lindungi kita dari tiga awal jenis orang itu.Sesungguhnya allah telah memberi kita tugas yang mulia yaitu sebagai khalifah yang menggunakan dunia untuk menegakkan agama di muka bumi ini untuk kesejahteraan alam.


Apakah langkah yang kita boleh buat?

"Kita perlulah mula dari bawah takkan kita nak kumpul angka-angka kosong"
-sakip arsalan-

Walaupun kita duduk dalam rumah, kita sebenarnya boleh membantu untuk tegakkan ummah, bukan bermaksud tak perlu keluar rumah tapi kalau kita ndalam rumah. Kita jangan bazirkan masa walau sesaat dimana sahaja dalam rumah, bas, kereta api. Kita buatlah apa yang boleh meningkatkan nilai diri kita supaya nilai ummah ini meningkat sehingga layak diberi pimpinan dunia.

Tambahlah kefahaman atau skill, baca buku ,tambah skill komputer, nasyid, apa-apa yang boleh meningkat nialoi diri kita dalam ummah ini.Barulah tak bosan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...